Malaysia telah mengeluarkan lesen “kegunaan kerajaan” yang membolehkan akses kepada ubat yang mahal dan berpaten pada harga yang lebih rendah untuk merawat hepatitis C. Keputusan penting ini pastinya akan membantu lebih daripada 400,000 orang penghidap hepatitis C di Malaysia mendapatkan ubat sofosbuvir dan akan memberi kesan yang signifikan dalam usaha global untuk mendapat akses kepada rawatan yang mahal bagi penyakit yang disebabkan virus ini.“Kerajaan Malaysia tidak dapat menyediakan akses kepada rejimen rawatan yang mampu dibayar oleh masyarakat umum kerana harga sofosbuvir yang sangat mahal di Malaysia,” kata YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia.
Malaysia. “Untuk memastikan program rawatan hepatitis C terus dipertingkatkan, kerajaan berhasrat untuk membeli sofosbuvir generik pada harga yang serendah mungkin dan membolehkan ia diperolehi melalui sistem kesihatan awam di seluruh negara.”
Sebuah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan bukan berasaskan keuntungan iaitu Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) telah menjalankan percubaan klinikal di Malaysia secara kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pengeluar ubat Mesir, Pharco Pharmaceuticals untuk menguji rawatan pan-genotip yang menggabungkan sofosbuvir dengan ubat ravidasvir.
Percubaan klinikal ini sedang dijalankan di enam buah hospital bersama-sama Clinical Research Malaysia, sebuah entiti bukan berasaskan keuntungan milik Kementerian Kesihatan. Pharco telah bersetuju untuk menetapkan harga kombinasi rawatan ini pada $300 bagi setiap siri rawatan 12-minggu sebaik sahaja ravidasvir didaftarkan. Buat masa ini sofosbuvir boleh didapati di Malaysia pada harga sekitar $70,000 (MYR 300,000) untuk satu siri rawatan penuh.
“Kerajaan Malaysia telah mengesahkan komitmennya yang tinggi bagi menyediakan akses kepada rawatan untuk hepatitis C. Keputusan tersebut juga ialah isyarat kuat kepada negara-negara lain di mana harga rawatan adalah tinggi dan menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan kesihatan awam untuk hepatitis C,” kata Dr Bernard Pécoul, Pengarah Eksekutif DNDi.
Peraturan perdagangan antarabangsa yang termaktub dalam Perjanjian TRIPS membenarkan negara-negara untuk mengeluarkan lesen-lesen kegunaan kerajaan apabila syarikat-syarikat farmaseutikal gagal menyediakan ubat-ubatan berpaten yang mampu dibeli oleh kebanyakan pesakit.
Hubungan media DNDi
Molly Jagpal, Kuala Lumpur +60 (0)12 546 8362
James Arkinstall, Geneva +41 79 392 9823
Ilan Moss, New York +1 646 266 5216
media@dndi.org