Sekumpulan ahli sains, pakar perubatan, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi di lebih 30 negara telah melancarkan satu gabungan antarabangsa sebagai gerak balas kepada wabak COVID-19 dalam keadaan berkekangan sumber. COVID-19 Clinical Research Coalition bertujuan untuk mempercepatkan kajian berkenaan COVID-19 yang sangat diperlukan di kawasan di mana virus berkenaan boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sedia lemah serta mengakibatkan impak kesihatan yang besar di populasi yang mudah terjejas.
Dalam satu komentar yang diterbitkan hari ini dalam jurnal perubatan The Lancet, ahli-ahli Gabungan berkenaan menyatakan, gabungan penyelidikan antarabangsa serta penyelarasan perlu bagi menyokong negara-negara di Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur, serta sesetengah negara Asia untuk memberi gerak balas berkesan terhadap pandemik yang semakin teruk ini, dan mempercepatkan kerja-kerja penyelidikan dalam keadaan bersumber terhad.
Gabungan berkenaan mengumpulkan pakar-pakar kesihatan daripada pelbagai bidang, termasuk institusi penyelidikan sektor awam, kementerian kesihatan, akademia, organisasi penyelidikan dan pembangunan bukan berasaskan keuntungan, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi antarabangsa serta penyumbang dana yang kesemuanya komited untuk mencari solusi untuk COVID-19 dalam keadaan berkekangan sumber.
Satu gerak balas penyelidikan penting untuk COVID-19 telah dilancarkan iaitu ujian klinikal ‘SOLIDARITY’ yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu usaha global yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Namun para pengarang komentar berkenaan mendapati, daripada hampir 600 ujian klinikal yang didaftarkan untuk COVID-19, cuma sedikit dirancang berjalan di kawasan berkekangan sumber. Mereka bertekad untuk berkongsi kepakaran teknikal serta keupayaan ujian klinikal bagi mempercepatkan penyelidikan COVID-19 dalam keadaan sedemikian.
Cabaran ini jelas di luar skop mana-mana organisasi tunggal. Gabungan berkenaan akan memudahkan pendekatan yang selaras, agar kesemua data dari serata dunia dapat diperoleh dengan cara yang sama, dikumpulkan dan dikongsi secara langsung. Ini akan membantu negara-negara berkenaan serta WHO untuk membuat keputusan berdasarkan bukti nyata yang pantas berkenaan dasar serta pelaksanaan.
“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini, yang memanfaatkan kepakaran dari pelbagai negara dan bidang, bagi menjalankan ujian klinikal dalam persekitaran bersumber terhad, yang mana akan membantu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam peranannya untuk menyelaraskan gerak balas global terhadap COVID-19,” kata Dr. Soumya Swaminathan, Ketua Saintis WHO. “Meskipun wabak ini berpusat di tempat lain, kita harus bersiap sedia untuk sebarang akibat daripada pandemik ini dalam keadaan berkekangan sumber, atau kita akan kehilangan lebih banyak nyawa.”
Anggota-anggota Gabungan menyeru komitmen khusus untuk memastikan akses, agar rawatan baru yang berkesan dapat ditawarkan secepat mungkin di kawasan bersumber terhad, serta mampu milik dan boleh didapati semua.
Sehingga kini, lebih 70 buah organisasi telah menyertai gabungan ini. Mereka turut menyeru untuk organisasi lain yang bersedia menyumbang kapasiti sedia ada untuk turut serta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi COVID-19 Clinical Research Coalition di: info@covid19crc.org
Hubungan media
General English-language inquiries
Ilan Moss: imoss@dndi.org
Paula Feery: paula.feery@iddo.org
Spanish and Portuguese language inquiries
Marcela Dobarro: mdobarro@dndi.org
Inquiries for Africa
Linet Atieno Otieno: latieno@dndi.org
Inquiries for South-East Asia
Molly Jagpal: mjagpal@dndi.org
Inquiries for India
Manisha Sharma: msharma@dndi.org
French-language inquiries
Frédéric Ojardias : fojardias@dndi.org
Senarai penandatangan:
Noor Hisham Abdullah, Ministry of Health, Malaysia;
Marcelo Claudio Abril, Mundo Sano Foundation, Argentina;
Yussof Ahkmal, Clinical Research Malaysia, Malaysia;
Ashenafi Tazebew Amare, University of Gondar, Ethiopia;
John H Amuasi, The African coalition for Epidemic Research Response and Training (ALERRT), Kwame Nkrumah University of Science and Technology, Ghana
Prasert Auewarakul, Mahidol University, Thailand;
Augustin Augier, ALIMA, France;
Martin Avaro, National Administration of Laboratories and Health Institutes of Argentina (ANLIS), Argentina;
Manica Balasegaram, GARDP, Switzerland;
Emmanuel Baron, Epicentre, France;
Elsa Baumeister, National Administration of Laboratories and Health Institutes of Argentina (ANLIS), Argentina;
Daniel G. Bausch, UK Public Health Rapid Support Team & London School of Hygiene & Tropical Medicine, UK;
Philip Bejon, KEMRI-Wellcome Trust Research Programme, Kenya;
Estafanio Benedetti, National Administration of Laboratories and Health Institutes of Argentina (ANLIS), Argentina;
Anders Björkman, Karolinska Institutet, Sweden;
Catharina Boehme, FIND, Switzerland;
Maria Elena Botazzi, Baylor College of Medicine, USA;
Joel G Breman, American Society of Tropical Medicine and Hygiene (ASTMH), USA;
Dirk Heinz, DZIF, Germany;
Pedro Cahn, Huesped Foundation, Argentina;
Gail Carson, International Severe Acute Respiratory and Emerging Infection Consortium (ISARIC), UK;
Roberto Chuit, National Academy of Medicine of Buenos Aires, Argentina;
Gavin Churchyard, Arum Institute;
John Clemens, icddr,b, Bangladesh;
Stewart Cole, Pasteur Institute, France;
Maura Dandri, DZIF, Germany;
Nick Day, Mahidol Oxford Tropical Medicine Research Unit, Thailand;
Arjen Dondorp, Critical Care Asia Network, Mahidol Oxford Tropical Medicine Research Unit, Thailand;
Paul Farmer, Harvard Medical School, USA;
Jeremy Farrar, Wellcome, UK;
Abebaw Fekadu, CDT-Africa, Addis Ababa University, Ethiopia;
Antoine Flahault, Institute of Global Health, University of Geneva, Switzerland;
Patricia Garcia, Universidad Peruana Cayetano Heredia, Peru;
Steven Gordon, Malawi-Liverpool-Wellcome Trust Clinical Research Programme, Malawi;
Anastasia Guantai, University of Nairobi, Kenya;
Philippe J Guerin, Infectious Diseases Data Observatory (IDDO), University of Oxford, UK;
Dirk Heinz, DZIF, Germany;
Abraham Hodgson, Ghana Health Service, Ghana;
Peter Horby, ISARIC & the African Coalition for Epidemic Research, Response and Training (ALERRT), UK;
Peter Hotez, Baylor College of Medicine, USA;
Muntaser Ibrahim, Institute of Endemic Diseases, University of Khartoum, Sudan;
Chikwe Ihekweazu, Nigeria Centre for Disease Control, Nigeria;
Timo Jaeger, DZIF German Center for Infection Research, Germany;
Jean Jannin, Société Francophone de Médecine Tropicale et Santé Internationale, France;
Gagandeep Kang, Translational Health Science and Technology Institute of India, India;
Marie-Paule Kieny, Drugs for Neglected Diseases initiative, Switzerland;
Yeri Kombe, KEMRI, Kenya;
Hans-Georg Kraeusslich, DZIF German Center for Infection Research, Germany;
David Lalloo, Liverpool School of Tropical Medicine, UK;
Trudie Lang, The Global Health Network, UK;
Ramanan Laxminarayan, Center for Disease Dynamics, Economics & Policy, USA;
Honorati Masanja, Ifakara Health Institute, Tanzania;
Marcela Mercado, Instituto Nacional de Salud de Colombia, Colombia;
Hassan Mshinda, Botnar Foundation, Tanzania;
Joia Mukherjee, Partners in Health, USA;
Trevor Mundel, Bill & Melinda Gates Foundation, USA;
Jean-Jacques Muyembe, Institut National pour la Recherche Biomédicale, Democratic Republic of Congo;
Denise Naniche, ISGlobal, Spain;
Barnabas Nawangwe, Makerere University, Uganda;
Francine Ntoumi, Pan-African Network for Rapid Research, Response, Relief and Preparedness for Infectious Disease Epidemics (PANDORA-ID-NET), Fondation Congolaise pour la Recherche Médicale, Brazzaville, Republic of Congo;
Marta Ospina, Instituto Nacional de Salud de Colombia;
Michael Parker, ETHOX Centre, University of Oxford, UK;
Bernard Pécoul, Drugs for Neglected Diseases initiative, Switzerland;
Antonio Plasència Taradach, ISGlobal, Spain;
Andrea Pontoriero, National Administration of Laboratories and Health Institutes of Argentina (ANLIS), Argentina;
Richard Price, Menzies School of Health Research, Australia;
David Reddy, Medicines for Malaria Venture, Switzerland;
John Reeder, UNICEF/UNDP/World Bank/WHO Special Programme for Research and Training in Tropical Diseases (TDR), Switzerland;
Philip J Rosenthal, UCSF, USA;
John Arne Røttingen, Norwegian Research Council, Norway;
Maro Russo, National Administration of Laboratories and Health Institutes of Argentina (ANLIS), Argentina;
Fred Siyoi, Kenya Pharmacy & Poisons Board, Kenya;
Munir S. Skaf, University of Campinas, Brazil;
Nathalie Strub-Wourgaft, Drugs for Neglected Diseases initiative, Switzerland;
Omar Sued,Huesped Foundation;
Marcel Tanner, Swiss Academy of Arts and Sciences, Switzerland;
Guy Thwaites, Oxford University Clinical Research Unit, Vietnam;
Faustino Torrico, CEADES Foundation, Bolivia;
Nísia Trinidade Lima, Fundação Oswaldo Cruz (Fiocruz), Brazil;
Jürg Utzinger, Swiss Tropical and Public Health Institute, Switzerland;
George M Varghese, Christian Medical College, Vellore, India;
Nicholas J. White, Mahidol Oxford Tropical Medicine Research Unit, Thailand;
Marc-Alain Widdowson, Institute of Tropical Medicine, Belgium;
Charles S Wiysonge, South African Medical Research Council, South Africa;
Tassew Woldehanna, Addis Ababa University, Ethiopia;
Katharine Wright, Nuffield Council of Bioethics, UK;
Yazdan Yazdanpanah, REACTing & INSERM, France.